Ad

Saturday 26 July 2014

Malaysia kalah lagi


 

Malaysia kalah lagi
PEMAIN negara, Nabihah Mansur (belakang) gagal menghalang Rebecca Ward dari Scotland pada aksi kedua Kumpulan B di Glasgow, semalam.
GLASGOW - Skuad hoki wanita negara mengalami kekalahan kedua berturut-turut apabila tumpas 2-0 kepada Scotland dalam perlawanan Kumpulan B, semalam.

Scotland, yang berada di ranking ke-16 dunia, memperoleh kedua-dua gol menerusi penyerang veteran berusia 31 tahun, Ailsa Wyllie pada minit ke-25 dan 39.

Ini merupakan perlawanan pertama buat Scotland, manakala Malaysia sebelum ini kalah 4-0 kepada Australia dalam perlawanan pembukaan.

Jurulatih negara, Mohd. Nasihin Nubli Ibrahim menyifatkan kekalahan kedua berturut-turut di peringkat kumpulan bukanlah episod akhir buat skuad hoki wanita.

Meskipun gagal memburu sebarang mata, katanya, skuad kendaliannya semakin mempamer peningkatan prestasi positif.

Selepas ini, Malaysia akan berdepan dengan England, hari ini dan melengkapkan jadual perlawanan kumpulan dengan menentang Wales, Rabu depan.

Pada edisi 2010 di New Delhi, India, skuad negara menduduki tempat ke-10 dan kali ini menyasarkan kelompok lapan pasukan terbaik daripada 10 negara yang bersaing dalam dua kumpulan.

Kumpulan A terdiri daripada Afrika Selatan, India, New Zealand, Kanada dan Trinidad dan Tobago. - BERNAMASumber-

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140727/su_06/Malaysia-kalah-lagi#ixzz38cRy4Y56 © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment