Ad

Saturday 22 November 2014

Shukor tak rela kegagalan buruk 2008 berulang lagi



23 November 2014 1:21 AM
 Shukor ADAN (kiri) mahu mengetuai Harimau Malaya  membawa pulang
Shukor ADAN (kiri) mahu mengetuai Harimau Malaya membawa pulang

Shukor ADAN (kiri) mahu mengetuai Harimau Malaya membawa pulang kejuaraan Piala AFF buat kali kedua selepas mengalami kegagalan teruk pada 2008.

SINGAPURA – Kenangan tersingkir di peringkat kumpulan dalam sai­ngan Piala AFF terakhir yang di­sertai pada 2008 masih menghantui ketua pasukan, Shukor Adan.

Menyifatkan apa yang dilalui skuad negara yang ketika itu dikendalikan B. Sathianathan di Phuket, Thailand sebagai mimpi ngeri, Shukor tidak mahu rekod cemerlang yang dipamer dalam dua edisi terak­hir tercalar begitu sahaja.

“Apa yang saya boleh katakan pada Piala AFF 2008 adalah satu kegagalan yang cukup besar kerana buat kali pertama kami tidak layak melepasi peringkat kumpulan.

“Berbanding pada 2010 dan 2012, kami boleh mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir dan harap rekod itu dapat dikekalkan pada tahun ini.

“Kalau boleh, saya mahu pencapaian pada 2010 diulangi dan saya berharap tidak lagi berputih mata," katanya yang ditemui pada sesi latihan di Jalan Besar, semalam.

Pada 2008, Malaysia yang bermula cemerlang dengan menundukkan Laos, 3-0, dikecewakan oleh Vietnam dengan kekalahan 2-3 sebelum tewas 0-3 di tangan Thailand sekali gus mengakhiri cabaran di tempat ketiga dalam kumpulan.

Shukor tidak lagi dipanggil pasukan kebangsaan sejak 2008, dan apabila Dollah Salleh dilantik sebagai pengendali Harimau Malaya, dia bersama Indra Putra Mahyuddin kembali meraih tempat.

Bertindak sebagai jeneral di dalam padang, pemain Felda Uni­ted itu menggesa rakan sepasukan agar tidak memandang rendah kemampuan Myanmar.

“Myanmar sebenarnya sebuah skuad berpengalaman dan saya mengharapkan rakan-rakan beraksi sehingga kudrat terakhir di dalam padang.

“Dengan izin Allah, saya harap kami mampu mendapatkan kemenangan kerana tiada yang lebih pen­ting selain mendapatkan tiga mata dalam aksi pembukaan bagi memudahkan laluan," katanya. – MINGGUAN
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/shukor-tak-rela-kegagalan-buruk-2008-berulang-lagi-1.27960#sthash.JGJmhFxm.dpuf

No comments:

Post a Comment