11/01/2014 1:09amKUALA LUMPUR -
Sebuah pesawat jenis Cessna dipercayai terputus hubungan dengan menara kawalan
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ketika di kawasan Batu Caves, di sini lewat
petang tadi.
Kejadian dipercayai berlaku
pukul 5.15 petang, kata Penolong Kanan Penguasa Bomba Pusat Gerakan Operasi
Selangor Kardi Mohsin kepada Bernama di sini malam ini.
Bagaimanapun menurut Kardi,
pihak bomba hanya dimaklumkan oleh DCA mengenai kejadian itu pada 11.15 malam
tadi.
Kami telah menghantar sepasukan
anggota dan pegawai untuk meninjau di kawasan terbabit namun setakat 12 tengah
malam ini kami tidak menemui apa-apa,katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan
menyambung operasi mengesan pesawat terbabit pada esok pagi.
Sementara itu DCA tidak dapat
dihubungi untuk maklumat lanjut. - Bernama
SUMBER:
http://www.kosmo.com.my/kosmo ONLINE 11.1.14
No comments:
Post a Comment