Saturday, 15 February 2014

Beri peluang buat ayah

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
 
PUTRAJAYA: Sepasang pengantin mengambil keputusan untuk dinikahkan di Institut Kanser Negara, di sini, hari ini, bagi memberi peluang kepada bapa pengantin perempuan melihat perkahwinan itu berikutan keadaan kesihatan tidak begitu mengizinkan.

Mohd Shahril Nahar, 26, dinikahkan dengan pasangannya, Siti Azmira Abdul Aziz, 24, berwakil walikan Imam Masjid Putra, Rosmadi Saad di Wad Multi-Disiplin 9A, di sini.

Pasangan pengantin itu mengambil keputusan dinikahkan di situ selepas doktor menjangkakan bapa pengantin perempuan, Abdul Aziz Mohd Muzir, 77, yang disahkan menghidap kanser prostat hanya mempunya kira-kira sebulan untuk hidup.

Pasangan itu sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Ogos depan namun, Siti Azmira mahu akad nikah dipercepatkan kerana bimbang ayahnya tidak sempat untuk melihat saat bahagia itu.

MYMETRO ONLINE 15.2.14

No comments:

Post a Comment