Oleh Raja Noraina Raja Rahim
dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Kuala Pilah: Paras air di
Empangan Kelinchi yang terletak di Terachi, di sini, semakin membimbangkan
apabila bacaan 199.85 meter dicatatkan tiga hari lalu menurun 199.74 meter
setakat semalam berikutan cuaca panas dan ketiadaan hujan sejak dua bulan lalu.
Catatan itu menunjukkan paras
air semasa menghampiri paras kritikal iaitu 198.3 meter, sekali gus dibimbangi
penurunan itu menyebabkan air tidak dapat disalurkan ke Empangan Sungai Terip
untuk kegunaan masyarakat di daerah ini, Sendayan, Bandar Enstek, Nilai dan
Labu.
Tinjauan Harian Metro semalam
mendapati cuaca panas berterusan mengakibatkan paras air di empangan berkenaan
yang berkeluasan 1.9 kilometer persegi dan kawasan tadahan seluas 38.3
kilometer persegi mengalami kemerosotan mendadak.
Pemerhatian mendapati akibat
tidak hujan, paras air penuh iaitu 215 meter meninggalkan kesan rekahan di
sekitar empangan manakala paras normal adalah 206 meter.
KEADAAN Empangan Kelinchi,
Kuala Pilah yang surut kepada paras 199.78 meter, semalam.
Selain itu, Empangan Talang
turut mengalami nasib sama apabila catatan terkini adalah 149.02 meter
berbanding paras penuh iaitu 154 meter manakala di Empangan Gemencheh bacaannya
adalah 100.18 meter berbanding 110 meter pada paras melimpah (penuh).
Berikutan paras air di tiga
empangan yang semakin menurun, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) semalam
mengadakan solat hajat di Empangan Sungai Terip kira-kira jam 10 pagi yang
dihadiri 200 kakitangan.
MYMETRO ONLINE 14.2.14
No comments:
Post a Comment