SKRTEL (depan) meraikan jaringannya selepas membantu Liverpool menewaskan
Arsenal 5-1 di Anfield semalam.
LONDON - Liverpool menghidupkan peluang untuk gelaran Liga Perdana England
musim ini apabila membelasah pendahulu liga, Arsenal 5-1 di Anfield semalam.
Skuad kendalian Brendan Rodgers itu tampil dalam kelas tersendiri apabila
meraih empat gol dalam aksi 20 minit pertama perlawanan.
Kemenangan itu turut menyaksikan rekod Arsenal tidak tewas dalam 10
perlawanan yang lalu lalu lebur ketika bertandang di Liverpool.
Martin Skrtel menjaringkan dua gol pada minit pertama dan ke-10, diikuti
jaringan Raheem Sterling (ke-16, ke-52) dan Daniel Sturridge (ke-20).
Arsenal pula meraih gol tunggal mereka menerusi Mikel Arteta hasil sepakan
penalti.
Walaupun kekal di tangga keempat liga, Liverpool telah merapatkan jurangnya
dengan perbezaan lima mata di belakang Arsenal.
Kedua-dua pasukan itu akan bertemu semula dalam aksi pusingan kelima Piala
FA di Stadium Emirates minggu depan. - AFP
KOSMO ONLINE 9.2.14
No comments:
Post a Comment