Ad

Tuesday, 11 February 2014

Pahang sedia ‘tangkap’ Polis

2014/02/11 - 06:01:48
 Kuantan: Walaupun sedar keupayaan mereka ‘dalam kocek’ Dollah Salleh, tetapi pemain Pahang sedikit pun tidak gusar apabila bertemu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam suku akhir pertama Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.

Kapten pasukan, Mohd Razman Roslan berkata, sekiranya Dollah yang membantu Pahang menjuarai Piala Malaysia musim lalu tahu mengenai keupayaan pemain Pahang, tetapi mereka juga sudah ‘masak’ dengan strategi dan percaturan pengendali itu yang beralih arah melatih PDRM musim ini.

 “Pengendali itu (Dollah) yang sepatutnya bimbang dengan kami kerana dia tak tahu mengenai strategi jurulatih baru kami, Ronald Smith. Ini akan menjadi kelebihan kepada kami untuk menumpaskan skuad bimbingannya esok (malam ini),” katanya semalam.

Lebur rekod PDRM
Razman juga mengakui pemain Pahang berada dalam tahap terbaik dan semangat tinggi selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut menumpaskan Lions XII dalam pusingan kedua Piala FA dan membenam Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super, Sabtu lalu.

Sementara itu, pengurus pasukan, Datuk Che Nasir Salleh mahu pemain bijak memanfaatkan segala peluang untuk meraih kemenangan selesa sebagai bekalan menghadapi suku akhir kedua di laman sendiri 18 Februari nanti.


“Kemenangan selesa akan mencerahkan lagi peluang Pahang ke separuh akhir dan apa yang lebih penting saya tuntut pemain mengekalkan semangat juang tinggi seperti diperagakan dalam dua perlawanan sebelum ini,” katanya. – Oleh Asrol Awang

No comments:

Post a Comment