Oleh Saiful Affendy Sapran
Kuala Lumpur: Perasaan berbelah
bahagi. Itu yang menghimpit pakar pukulan sudut penalti negara Muhammad Razie
Abd Rahim ketika ini yang disahkan perlu menjalani pembedahan di bahagian baru
kirinya selepas melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur
(KLSMC) semalam yang mungkin memusnahkan impiannya beraksi pada saingan Piala
Dunia di The Hague, Belanda, Mei ini.
Ketika doktor yang merawatnya
mencadangkan pembedahan dilakukan pada Selasa ini, Muhammad Razie masih buntu
sama ada mahu menjalani pembedahan itu atau sebaliknya.
“Doktor cadangkan saya lakukan
pembedahan sebab kalau tak lakukan sekarang, kecederaan ini mungkin berterusan
pada masa depan. “Tapi kalau tanya diri sendiri, saya memang tak pasti lagi nak
lakukan pembedahan ini atau tidak.
RAZIE (kanan) masih belum
putuskan mahu bedah atau tidak.
“Sebab itu apabila saya tanya
kepada doktor berapa lama diperlukan untuk pulih sepenuhnya selepas menjalani
pembedahan ini, beliau beritahu mungkin memakan masa antara tiga hingga empat
bulan,” katanya.Bagaimanapun doktor yang turut merawat Datuk Lee Chong Wei
ketika jaguh perseorangan negara itu mengalami kecederaan di buku lali kanan
sebelum saingan Sukan Olimpik 2012 di London itu mencadangkan kepada Muhammad
Razie menjalani kaedah rawatan stem cell sebagai usaha mempercepatkan proses
pemulihannya.
“Tapi saya perlu mengadakan
perbincangan dengan semua pihak termasuk pengurus pasukan dan Datuk Dr Ramlan
Abdul Aziz (Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara) sebelum membuat
keputusan muktamad,” katanya.
Pemain pertahanan negara itu
mengalami kecederaan berkenaan ketika turun beraksi bersama kelab Liga Hoki
India, Dabur Mumbai Magicians berdepan Rachi Rhinos, baru-baru ini.
SUMBER:MYMETRO ONLINE 15.2.14
No comments:
Post a Comment