Oleh Shamsul Munir Safini
Kangar: Empangan Timah Tassoh
di Padang Besar, di sini, yang menjadi sumber bekalan air untuk negeri ini
dikesan mengalami kemerosotan paras air berikutan musim kemarau yang berlarutan
sejak lebih tiga minggu.
Bacaan terkini empangan itu
berada pada paras 27.71 meter berbanding bacaan biasa iaitu 29.1 meter.
Pengarah Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS) negeri Nishad Mohamed Mohd Shaffy berkata, ia adalah bacaan
terendah pernah dicatatkan di empangan berkenaan berbanding paras terakhir pada
28 meter.
“Pihak JPS menganggap bacaan
itu adalah di peringkat biasa, tetapi jika cuaca kemarau masih berlanjutan maka
tidak mustahil paras air di empangan berkenaan akan terjejas teruk.
“Baki bekalan yang ada masih
boleh bertahan untuk tiga minggu lagi, namun selepas itu jika tiada hujan, kita
perlu mengambil langkah lain termasuk mengehadkan bekalan air yang disalurkan
kepada pengguna,” katanya.
Menurutnya, orang ramai tidak
perlu bimbang berikutan simpanan air empangan itu masih mencukupi.
PEKERJA Empangan Timah Tassoh,
Amizan Azizan memeriksa paras air empangan itu, semalam.
Artikel ini disiarkan pada :
2014/02/14
MYMETRO ONLINE 14.2.14
No comments:
Post a Comment