Oleh Maiamalina Mohamed Amin
Kuala Lumpur: Kedah, Perlis dan
Pulau Pinang akan kekal kering sepanjang bulan ini berikutan hanya menerima
taburan hujan kurang daripada 10 hari.
Pengarah Pusat Cuaca Nasional
Jabatan Meteorologi Malaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata, keadaan itu
diramal berlaku disebabkan liputan awan yang sedikit berbanding negeri lain di
Semenanjung Malaysia.“Berbanding kawasan lain,
Perlis dan Kedah diramal hujan untuk lima hari saja pada bulan ini manakala
Pulau Pinang sembilan hari.
“Secara kesimpulannya, memang
Februari adalah bulan kering untuk tiga negeri di utara ini,” katanya ketika
dihubungi, semalam.
PARAS air di Empangan Ahning
masih terkawal walaupun cuaca panas melanda Kedah.
Menurutnya, suhu kebanyakan
negeri tidak banyak berubah iaitu antara 33 hingga 36 darjah Celsius.Katanya,
hujan sementara masih berlaku di kawasan pedalaman Perak, Selangor, Kelantan,
Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan manakala Sabah dan Sarawak kekal lembap. “Pertengahan
Mac dijangka kembali normal dan tidak terlalu panas,” katanya.Artikel ini
disiarkan pada : 2014/02/14
MYMETRO ONLINE 14.2.14
No comments:
Post a Comment