Sunday, 16 March 2014

Gladiators punah hajat Selangor

SELAYANG- ATM menyekat Se­langor untuk meraih kemenangan apabila mengikat Red Giants 1-1 di Stadium Selayang semalam, sekali gus menamatkan rentetan kekalahan dua kali berturut-turut dalam saingan Liga Super.

Ayam tambatan Selangor, Paulo Rangel terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ketiga, namun pemain import veteran, Juan Manuel Arostegui menjadi penghalang Selangor untuk me­raih tiga mata apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-45.

Pintu gol ATM awal-awal lagi sudah bocor apabila kegagalan penjaga golnya, Syed Adney Syed Hussein yang membaca bola sepakan bebas diambil oleh S.Veenod membuka ruang kepada Stilianos Pandelidis yang melakukan tandukan sebelum bola hadir menuju Rangel.

Pemain import dari Brazil itu berjaya melepaskan percubaan ke pintu gol pelawat bagi gol pendahuluan Selangor walaupun cuba dihadang oleh pertahanan ATM, Spase Dilevski.

The Gladiators bagaimanapun tidak cepat panik apabila Arostegui hampir mendapatkan gol pe­nyamaan pada minit ke-35 namun tiang menjadi penghalang ketika Farizal Marlias sudah tertewas.

Namun, ketika permainan babak pertama sudah hampir berakhir, Arostegui memastikan gol yang dicari hadir jua selepas menyempurnakan umpanan Venice Elphi Danny.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140316/su_06/Gladiators-punah-hajat-Selangor#ixzz2wApsKk00 © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment