8 Mac 2014
Azharuddin Abdul Rahman Ketua
Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman (tengah) pada
sidang media terkini kejadian nahas pesawat MAS MH 370 - Foto Bernama
SEPANG - Jabatan Penerbangan
Awam (DCA) mengikut setiap prosedur operasi standard (SOP) dalam misi
menyelamat pesawat MAS, MH370 yang dipercayai hilang di perairan Laut China
Selatan.
Ketua Pengarahnya, Datuk
Azharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan
isyarat pesawat itu pada 1.30 pagi dan berusaha mengesan semula kedudukan
pesawat berkenaan.
Pihaknya juga mendapatkan
bantuan dari Vietnam dan Singapura untuk mengesan kedudukan pesawat itu.
"Kami menghubungi MAS pada
1.30 pagi untuk memaklumkan pesawat itu hilang daripada radar.
"Kami mengaktifkan pusat
mencari dan menyelamat pada 5.30 pagi kerana kami perlu mengumpulkan semua
maklumat dan bantuan daripada negara jiran dan kami menggerakkan agensi bantuan
sebaik hari siang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam
sidang akhbar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Hotel Sama
Sama di sini.
Azharuddin berkata komunikasi
terakhir pesawat itu dikesan ketika berhubung untuk memasuki menara kawalan
udara, bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam sebelum hilang.
Sementara itu mengenai
perkembangan terkini operasi, Azharudin berkata operasi menyelamat dibuat di
kawasan pesawat itu dilaporkan hilang dan pihaknya atau pihak penyelamat
Vietnam masih tidak menemui sebarang kesan pesawat terhempas. - Bernama
No comments:
Post a Comment