Friday, 14 March 2014

PKNS lonjak tangga kedua



PEMAIN PKNS, Hamka Hamsah (kiri) diasak Nelson Marcelo dalam perlawanan Liga Super di Stadium Selayang, malam tadi. - UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ
SELAYANG - Kemarau tanpa sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan Liga Super berjaya diakhiri oleh PKNS yang mengutip tiga mata penuh di Stadium Sela­yang apabila mudah menjinakkan T-Team 3-1, semalam.

Kemenangan kali ketiga pada musim ini melonjakkan kedudukan The Red Ants ke tangga kedua buat sementara waktu di belakang Kelantan ketika pa­sukan-pasukan lain hanya akan beraksi pada malam ini.

Manakala T-Team semakin dirundung bahaya apabila kekal dalam zon penyingkiran liga dengan kemenangan 2-0 dengan Sarawak mi­nggu lalu ternyata gagal menjadi motivasi The Titans yang mempamerkan aksi lesu sepanjang 90 permainan.

Seawal minit ketujuh, PKNS berada di hadapan melalui Shahrul Azhar Ture melalui gerakan menarik bersama Karlo Primorac sebelum pemain yang berasal dari Sabah itu melepaskan rembatan leret yang tidak mampu dijangkau oleh Shahril Sha’ari.

Pelawat menggandakan asakan bagi mencari gol penyamaan dan ia diperoleh hasil tandukan ketua pasukan, Mohd.Marzuki Yusof menerusi bola sepakan sudut yang diambil Nelson San Martin pada minit ke-29.

Jaringan itu tidak mematahkan semangat anak-anak buah Wan Jamak Wan Hassan yang kembali memimpin permainan seminit sebelum babak pertama berakhir apabila Mohd. Helmi Remeli bijak menyempurnakan situasi kelam kabut di hadapan pintu gol.

Kedudukan The Red Ants semakin kukuh apabila Muhd.Khairu Azrin Khazali memperolehi jaringan ketiga pada minit ke-60 selepas bijak hantaran pemain import Korea Selatan, Kim Dongchen.
  sumber-
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140315/su_02/PKNS-lonjak-tangga-kedua#ixzz2vz2JNKCS© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment