Kuala Lumpur: Kapten skuad hoki
Piala Dunia negara Azlan Misron bakal mencipta sejarah apabila dijangka menjadi
pemain paling banyak mewakili pasukan kebangsaan.
Dia dijangka mengatasi rekod
pemain pertahanan S Kuhan yang mempunyai 341 cap sepanjang 13 tahun beraksi,
dari 1994 hingga 2007.Berdasarkan rekod itu, Azlan
yang kini memiliki 336 cap hanya memerlukan lima aksi di saingan Piala Dunia di
Hague, Belanda penghujung bulan ini untuk menyamai rekod berkenaan.
Namun menurut pemain kelahiran
Chepor, Perak berusia 31 tahun itu, fokus utamanya ketika ini hanya untuk mempersembahkan
aksi terbaik bersama skuad kebangsaan daripada memikirkan soal mengejar rekod
baru itu.
“Perkara itu bagi saya bukanlah
perkara utama. Fokus saya hanya untuk membantu pasukan meraih keputusan terbaik
dalam setiap perlawanan di sana dan saya mahu buat rakyat Malaysia rasa bangga
dengan kejayaan kami nanti.
“Apa istimewanya jika saya
mampu pecahkan rekod Kuhan, tapi pasukan negara pula tewas teruk. Pada saya
misi paling penting untuk cuba menang dan layak ke pusingan seterusnya,”
katanya ketika ditemui pada sidang media di Pejabat MHC di Bukit Jalil, semalam.
Artikel ini disiarkan my METRO pada
: 2014/05/22
No comments:
Post a Comment