New Delhi: Skuad Piala Uber
negara gagal ke suku akhir selepas tewas kali kedua pada saingan peringkat
Kumpulan Z semalam.
Mereka kecundang 1-4 kepada
Jepun, tetapi di sebalik itu Tee Jing Yi (gambar) mencuri tumpuan dengan
mempamer aksi meyakinkan.
Pemain perseorangan wanita
negara itu meletakkan Malaysia di depan selepas menewaskan Sayaka Takahashi
22-20, 21-19, tetapi rentak cemerlangnya gagal diikuti rakan sepasukan.Gandingan
Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho tewas mudah kepada Misaki Matsutomo-Ayaka
Takahashi 21-13 21-10.Eriko Hirose pula meletakkan Jepun di depan 2-1 selepas
menewaskan perseorangan kedua negara Lim Yin Fun, 23-21 21-12.
Harapan Malaysia untuk
menyamakan kedudukan menerusi beregu kedua negara Lee Meng Yean-Vivian Hoo
lebur apabila tewas mudah 17-21, 8-21 kepada Mami Naito-Shizuka Matsuo.
Pemain perseorangan ketiga
negara pula, Lim Chiew Sien turut beraksi hambar dan tunduk kepada kepada Akane
Yamaguchi 19-21, 14-21.
RUJUKAN MY METRO ONLINEArtikel ini disiarkan pada :
2014/05/21
No comments:
Post a Comment