BEKAS jaguh badminton negara,
Razif Sidek menarik balik kenyataannya berhubung isu doping melibatkan pemain
No. 1 Dunia, Datuk Lee Chong Wei.
Jelas Razif, kenyataan beliau
sebelum ini lebih bersifat kepada kekecewaan dan tiada niat untuk menjatuhkan
imej mana-mana pihak termasuk Chong Wei.
“Saya akui kesal dengan
kenyataan tersebut. Saya geram dan kecewa kerana ia melibatkan pemain yang kita
agungkan tetapi apa yang saya nyatakan itu adalah terlalu umum dan tidak
ditujukan kepada mana-mana pihak.
“Apa pun, saya menarik balik
kenyataan tersebut dan tidak mahu lagi mengulas mengenai isu doping ini. Saya
juga mohon maaf sekiranya ada pihak memberi persepsi yang berbeza terhadap
kenaytaan tersebut,” jelas Razif kepada Kosmo! semalam.
Razif sebelum ini tampil dengan
lantang bahawa masalah penggunaan bahan terlarang ini sudah lama berlaku dalam
kalangan pemain negara dan hanya menunggu masa sahaja untuk ‘meletup’.
Menurutnya, ramai pihak sudah
mengetahuinya tetapi tiada seorang pun berani buka mulut.
Ekoran kenyataan berani itu,
ramai pihak menyalahtafsirkan pandangan Razif termasuk Menteri Belia dan Sukan,
Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menganggap kenyataan bekas jaguh beregu negara
itu sebagai tidak berasas.
“Saya tutup buku dan tidak mahu
lagi mengulas mengenai perkara ini. Saya mohon maaf dan tarik balik kenyataan
awal saya,” tegas Razif.
Chong Wei kini berdepan
penggantungan sementara daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas
didapati positif ujian doping.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1114&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3J5kefpIjHakcipta
terpelihara
No comments:
Post a Comment