11 Disember 2014 9:02 PM
PEMAIN Harimau Malaya, Muhammad
Shukor Adan meraikan kejayaannya
PEMAIN Harimau Malaya, Muhammad
Shukor Adan meraikan kejayaannya menjaringkan gol keempat pasukan pada
perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia menentang
Vietnam, di Stadium Nasional My Dinh, malam ini. - Gambar UTUSAN/Abdul Razak
Latif
HANOI 11 Dis - Malaysia layak
ke perlawanan akhir Piala AFF untuk bertemu Thailand selepas menewaskan Vietnam
4-2 dalam perlawanan separuh akhir kedua malam ini dan seterusnya menang
keseluruhan dengan agregat 5-4.
Gol pertama Malaysia
dijaringkan oleh Safiq Rahim melalui sepakan penalti di minit ke-empat,
manakala golf kedua dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-14.
Vietnam kemudiannya mendapat
gol pertama mereka melalui sepakan penalti di minit ke-21.
Malaysia kemudiannya meneruskan
asakan dan mendapat gol ketiga pada minit ke-28 melalui jaringan gol sendiri
pemain Vietnam.
Kedudukan pasukan negara
semakin selesa hingga perlawanan separuh masa pertama tamat apabila mendahului
Vietnam 4-1 menerusi jaringan Muhammad Shukor Adan pada minit ke-42.
Dalam separuh masa kedua,
Vietnam berjaya mendapat gol kedua mereka malam ini pada minit ke-78 dan
kedudukan itu terikat sehingga perlawanan tamat. - UTUSAN ONLINE
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-layak-ke-final-piala-aff-1.35293#sthash.OkH2QYtg.dpuf
No comments:
Post a Comment