-05 Jun 2015 12:44 AM
SINGAPURA – Skuad bola jaring
negara kekal di landasan untuk meraih pingat emas Sukan SEA 2015 apabila
menempah slot separuh akhir selepas menewaskan Thailand 71-34 dalam perlawanan
terakhir peringkat awal di OCBC Arena semalam.
PEMAIN Malaysia, Norashikin
Kamalzaman (kanan) cuba membuat jaringan walaupun diganggu oleh dua pemain
Brunei dalam perlawanan terakhir pusingan awal acara bola jaring Sukan SEA
Singapura 2015 di Arena OCBC, Singapura semalam. UTUSAN
Mengikut format perlawanan
empat pasukan terbaik daripada enam peserta, yang bersaing di peringkat awal
yang dilangsungkan secara liga satu pusingan, mara ke separuh akhir Sabtu ini.
Malaysia yang ketika ini berada
di kedudukan teratas liga selepas menamatkan lima perlawanan tanpa kalah
dijadual menentang pasukan di kedudukan keempat Brunei pada aksi separuh akhir.
Jurulatih Malaysia, Aminah
Asaari berkata, pemainnya berjaya merealisasikan misi menewaskan Thailand tanpa
sebarang masalah selain percaya mampu beraksi lebih baik dalam separuh akhir.
“Syukur atas kemenangan ini dan
pemain juga telah mempamerkan peningkatan yang positif sepanjang persaingan
dalam peringkat kumpulan.
“Secara keseluruhannya
sepanjang lima perlawanan kami telah berjaya menjaringkan 384 gol manakala
bolos 124 sahaja, sekali gus membuktikan pasukan ini berupaya melangkah ke
saingan akhir,” katanya selepas tamat perlawanan menentang Thailand.
Dalam perlawanan tersebut
peledak gol utama skuad kebangsaan Norashikin Kamalzaman beraksi cemerlang
apabila menjaringkan 41 gol daripada 50 percubaan.
Dua penjaring berbisa, An Najwa
Azizan dan Izyan Syazana Mohd. Wazir pula masing-masing berjaya menyumbat 17
gol dan 13 gol untuk melengkapkan pesta gol Malaysia meskipun Thailand cuba
melawan pada suku masa ketiga serta keempat perlawanan.
Malaysia sebelum ini
menecuwaskan Myanmar 84-22, menundukkan Filipina 112-11, seri dengan juara
Asia, Singapura 35-35 dan menang 82-24 ke atas Brunei.
– UTUSAN
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/emas-bola-jaring-makin-hampir-1.99204#sthash.h4Jv3sO3.dpuf
No comments:
Post a Comment