WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Jun 2015
Kim Swee akui kelebihan Vietnam
Gary perlu lebih agresif mengekang pergerakan pemain Vietnam. - FOTO : KHAIRIL
AJHAR JAAFAR / WWW.ASIANA.MY
PENGENDALI skuad bola sepak
bawah 23 tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee mengakui kelebihan kualiti dimiliki
Vietnam yang dibekalkan ramai pemain berkualiti dari segi teknik dan kepantasan
permainan bakal memberikan saingan sengit barisan pemainnya.
Selain itu, sentuhan jurulatih
dari Jepun, Toshiya Miura sememangnya tidak perlu dipertikaikan berdasarkan
kemenangan besar 6-0 menewaskan Brunei pada aksi sulung, Jumaat lalu.
Namun bagi Kim Swee semua itu
perlu dilalui untuk memastikan tiga mata penuh sebelum berdepan dengan Thailand
pada perlawanan seterusnya.
Berdasarkan pengamatan Kim Swee
ketika Vietnam menang besar ke atas Brunei, beberapa pemain lawan yang memberi
impak pada pasukan disenaraikan bergerak melalui sayap.
"Pemain yang menjadi
tonggak penting kepada Vietnam ialah ketua pasukan, Pham Manh Dung, Do Duy Manh
dan nombor Nguyen Huy Hung di bahagian tengah.
"Mereka bertiga beraksi
dengan cukup baik di bahagian kiri, jadi perancangan perlu dilakukan bagi
menyekat pergerakan pemain ini," katanya.
Ketiadaan Nazmi kemungkinan
membuka peluang kepada dua lagi pemain, Mohd Ariff Farhan Mohd Isa dan Saiful
Ridzuwan mengintai slot di bahagian tengah untuk bergandingan dengan Gary
Steven Robbat serta Mohd Amirul Hisyam Awang Kechik.
"Tanpa Nazmi, saya terpaksa
menukar sistem permainan kami, namun bagi pemain, mereka tiada masalah dan saya masih ada beberapa pemain lain yang
boleh diturunkan menggantikan tempatnya.
"Mohd Ariff Farhan dan
Saiful Ridzuwan boleh mengisi kekosongan tersebut," jelasnya.
Sumber-SINARHARIAN ONLINE 2 Jun
2015
No comments:
Post a Comment