Tuesday, 2 June 2015

Lelaki maut ditikam todak di Hawaii


 
lanes ditemui mati akibat ditusuk ikan todak di Hawaii pada Jumaat lalu. - AGENSI

HONOLULU – Seorang lelaki berusia 47 tahun di Hawaii maut selepas ditusuk seekor ikan todak semasa cuba menangkap haiwan tersebut kelmarin.

Lelaki itu, Randy Llanes, dilihat melompat ke dalam laut di Pelabuhan Honokohau di sini sambil memegang sebatang tempuling yang dipercayai digunakan untuk menangkap ikan todak berkenaan, kata beberapa saksi kejadian.

Dia ditemui mati tidak lama kemudian.

"Apa yang kami ketahui, beberapa saksi kemudian melihat lelaki itu terapung," kata pemangku Ketua Jabatan Bomba Hawaii Barat, John Whitman.

Llanes cuba membunuh ikan todak itu namun, dada kanannya dirodok haiwan tersebut, kata beberapa anggota polis.

Mangsa dikejarkan ke sebuah hospital dan disahkan mati selepas beberapa jam.

"Ikan todak merupakan haiwan yang sangat agresif. Jika anda mengganggunya, ia akan mempertahankan dirinya dengan sebaik-baiknya," ujar Whitman. - AGENSI

SUMBERArtikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0601&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3btiSX6CQ Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment