NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
7 Jun 2015
Ong Kim Swee Ong Kim Swee
MASA depan Datuk Ong Kim Swee
bersama skuad Bawah 23 (B-23) negara akan terjawab dalam mesyuarat Pengurusan
Skuad Kebangsaan yang akan diadakan bulan depan selepas postmortem prestasi
skuad negara dalam Sukan Sea 2015 di Singapura.
Setiausaha Agung Persatuan Bola
sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, mesyuarat itu bakal
dipengerusikan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
“Kita akan mengetahui sama ada
Kim Swee kekal atau sebaliknya untuk perancangan Sukan Sea 2017 nanti.
“FAM akan membuat bedah siasat
secepat mungkin selain akan mengadakan mesyuarat pada awal Julai nanti,”
katanya.
Persoalan masa depan Kim Swee
bersama skuad B-23 negara timbul berikutan prestasi kurang memberangsangkan
pasukan itu di Singapura apabila kalah 1-5 kepada Vietnam dan 0-1 kepada juara
bertahan Thailand.
Kekalahan itu menyebabkan
peluang anak didik Kim Swee untuk melepasi saingan Kumpulan B dan layak ke
separuh akhir boleh dikatakan sudah tertutup rapat.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE
7.6.2015
No comments:
Post a Comment