Kuala Lumpur: Ramai antara ibu
bapa memanfaatkan cuti sekolah dua minggu yang bermula kelmarin untuk membawa
anak mereka ke Zoo Negara dan beberapa lokasi lain di ibu negara semalam.
Kakitangan swasta Amran Abdul
Rahman, 35, berkata, anaknya sering meminta untuk mengunjungi Zoo Negara
selepas mendengar pengalaman menarik oleh rakan sebaya di sekolah.
“Disebabkan waktu kerja yang
tidak menentu, saya buat keputusan untuk membawa anak ke Zoo Negara pada cuti
sekolah kali ini supaya mereka boleh melihat sendiri pelbagai haiwan dan dapat
berkongsi pengalaman bersama rakan mereka apabila naik sekolah nanti.
“Lagipun saya pun sudah lama
tidak ke Zoo Negara dan ternyata tempat ini sudah banyak berubah dengan lebih
banyak haiwan dan landskap yang menarik,” katanya ketika di temui, di sini,
semalam.
Bagi Sazlin Abdul Khalid, 32,
beliau menyifatkan Zoo Negara sebagai ‘penyelamat’ ibu bapa yang tidak
berkesempatan untuk membawa anak bercuti ke luar negeri.
“Siapa yang tidak mahu bawa
anak bercuti di luar negeri, namun kekangan cuti yang singkat membataskan
pergerakkan ibu bapa.
“Mujurlah Zoo Negara sesuai
untuk aktiviti keluarga kerana kawasannya yang lapang memberi ruang kepada
orang ramai untuk berjalan bersama tanpa perlu bersesak,” katanya.
Tinjauan Harian Metro ke perkarangan
Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) juga mendapati ramai ibu bapa yang
membawa anak ke pusat beli-belah selain menyaksikan pancuran air di kawasan
berkenaan.
G Gunasaran, 40, berkata,
terdapat banyak tarikan di KLCC seperti Aquaria dan Petrosains yang boleh
memenuhkan aktiviti cuti sekolah kanak-kanak di samping kemudahan pengangkutan
awam yang disediakan banyak memudahkan pergerakkan jika ibu bapa memilih untuk
bercuti di Kuala Lumpur.
Artikel ini disiarkan pada :
Selasa, 2 Jun 2015 @ 8:40 AM
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/55076#sthash.rFpVKtDF.dpuf
No comments:
Post a Comment