Dollah puas hati berkongsi mata
Dollah puas hati berkongsi mata
Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
JIKA tidak kerana jaringan penyamaan Fabio Flor pada minit ke-90,
Selangor sudah pasti berjaya mencalarkan rekod cemerlang Terengganu di
gelanggang keramat mereka di Kuala Terengganu malam kelmarin.
Biarpun hanya membawa pulang satu mata, ketua jurulatih Selangor, Dollah
Salleh (gambar) tetap gembira dan berpuas hati dengan persembahan anak buahnya
pada perlawanan kesembilan saingan bola sepak Liga Super musim ini.
“Keputusan perlawanan saja sebenarnya yang tidak memihak kepada kita
untuk mencuri tiga mata penuh. Kita sedia maklum, Terengganu memang kebal di
gelanggang sendiri.
“Tetapi, saya tetap rasa gembira kerana semua pemain Selangor telah
mempamerkan aksi yang menarik malam tadi (kelmarin),” katanya ketika dihubungi
semalam.
Pada perlawanan itu, Selangor mendahului 1-0 seawal minit keenam menerusi
tandukan Frank Seator tetapi pada penghujung perlawanan, Flor menanduk masuk
gol penyamaan hasil sepakan penjuru.
“Sepatutnya Terengganu tak dapat sepakan penjuru itu. Apa yang saya
nampak, bola terakhir sebelum itu terkena pemain Terengganu sendiri, bukannya
pemain Selangor.
“Tetapi inilah bola sepak. Walaupun sekadar seri, saya puas kerana
melihat pemain-pemain saya semakin mantap dan telah menunjukkan peningkatan
pada setiap perlawanan,” jelas Dollah.
Pengendali berusia 45 tahun itu turut tertarik dengan aksi beberapa pemainnya
seperti pemain muda, Asraruddin Putra Omar dan bekas pemain Pahang, Indra Putra
Mahayuddin.
“Walaupun kali pertama diturunkan dalam kesebelasan utama, Asraruddin
berjaya membalas kepercayaan. Saya tak menduga dia boleh beraksi cemerlang.
“Begitu juga Indra yang turut mempamerkan kecemerlangan pada perlawanan
itu.”
sumbe-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz43B0HC4z6
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment