Pada hari ini 18.9.1963, Majlis
Pertahanan Malaysia telah dibentuk oleh kerajaan. Pembentukan Majlis ini telah
diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman di dalam suatu sidang akhbar iaitu sidang
akhbar yang pertama sejak lahirnya Malaysia. Majlis Pertahanan Malaysia ini
dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra dan dianggotai
oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, Menteri Kewangan, Tun Tan Siew
Sin, Menteri Dalam Negeri dan Keselamatan Negari, Datuk Doktor Ismail, Menteri
Kerja Raya Talikom dan Pos, Datuk Sambanthan dan Ketua Angkatan Bersenjata
Persekutuan Malaysia, Datuk Rodney More. Pembentukkan majlis ini merupakan satu
langkah pertahanan bagi persediaan menghadapi segala kemungkinan. Sebagai
langkah permulaan, tentera simpanan, terutama sekali Tentera Wataniah telah
dikerah bagi memperkuatkan angkatan bersenjata. Angkatan Polis pula
diperkuatkan dengan cara menghidupkan semula Pasukan Polis Khas (Special
Konstabel). Pertubuhan-pertubuhan awam juga dikerah supaya bersiap sedia. Di
sidang akhbar ini, Tunku Abdul Rahman telah mengingatkan bahawa Persekutuan
Malaysia dan Britain mempunyai perjanjian pertahanan. Dengan perjanjian ini
Malaysia dan British akan terlibat dalam sebarang serangan yang dilakukan ke
atas Negeri-negeri Komanwel. Tunku juga telah menerangkan bahawa setakat ini
Malaysia belum lagi meminta apa-apa pertolongan pertahanan dari negara sahabat.
Malaysia belum lagi dalam keadaan perang. Ia hanya dalam keadaan dan
berjaga-jaga sahaja untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
SUMBER- http://www2.arkib.gov.my/
Ad
Labels
- AGAMA
- AKHYARLSJDT
- ARKIB LIGA MALASIA
- BELASUNGKAWA
- BICARA AGAMA
- HADIS-JAKIM
- HARI INI DALAM SEJARAH
- HIDUPAN LIAR
- HOKI MALAYSIA
- KARTUN
- PASIR PUTEH
- PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA
- PELANCONGAN
- PEMAIN MUDA 2017
- PENDIDIKAN
- PENGASUH 1918-1955
- PENYELIDIKAN SEJARAH AHMAD
- PIALA DUNIA
- PIALA FA
- PIALA MALAYSIA
- SEJARAH FELDA
- SEJARAH MALAYSIA
- SEJARAH STPM P2
- SEJARAH STPM P3
- SEJARAH STPM PI
- SELANGOR 2008
- SIRAH NABI
- SMK JENGKA2
- SUKAN KOMANWEL
- VIDEO SEJARAH
No comments:
Post a Comment