Tok Gajah berdepan PDRM tanpa Nwakaeme
- MyMetroArena

- Asrol
Awang
- sukan@hmetro.com.my
- KAPTEN
Pahang, Dickson Nwakaeme sah tidak beraksi pada perlawanan menentang
Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Sabtu
ini.Perkara
itu disahkan oleh pengendali skuad Tok Gajah, Dollah Salleh susulan
kecederaan pada lutut kanan yang dialami penyerang kelahiran Nigeria
itu.
- "Saya
boleh sahkan bahawa Nwakaeme tidak akan bermain Sabtu ini kerana
sedang bergelut dengan kecederaan dan sukar untuk pulih dalam tempoh
terdekat ini."Ketiadaan
dia di bahagian serangan akan memberi kesan di bahagian serangan
ketika pasukan begitu mengharapkan kemenangan selepas tewas pada dua
perlawanan berturut-turut.
- "Namun,
diharapkan tanpa Nwakaeme sekali pun misi untuk mengutip tiga mata
akan mencapai kenyataan dalam usaha memperbaiki kedudukan lebih
baik," kata Dollah yang juga bekas pemain kebangsaan.
Difahamkan, Nwakaeme mengalami kecederaan ketika berdepan Johor Darul
Ta'zim (JDT) dan bertambah serius selepas aksi menentang UiTM FC.Tanpa
penyerang import itu sudah pasti memberi tamparan buat skuad Pahang
terutama di bahagian serangan selepas mengalami dua kekalahan
berturut-turut kepada JDT (2-3) dan UiTM (0-1).
- Kemenangan
sahaja dapat mengelak Pahang yang kini berada di tempat kelapan liga
daripada terus terjunam ke dasar liga.Ditanya
mengenai perkembangan Ivan Carlos yang turut berdepan masalah
kecederaan, Dollah berkata, sama ada penyerang import dari Brazil itu
akan diturunkan belum diketahui.
- "Peluang
Carlos beraksi 50-50 kerana hanya menjalani latihan ringan bersama
rakan sepasukan," katanya.
- SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2020 @ 6:50 PM
No comments:
Post a Comment