Jun 24, 2021 @ 8:54pm
Penyerang Portugal Cristiano Ronaldo meraikan jaringan keduanya ketika menentang Perancis dalam aksi Kumpulan F Euro 2020 di Puskas Arena, Budapest. - Foto AFP
SEVILLE, Sepanyol: Euro 2020 kini memasuki peringkat kalah mati membabitkan 16 pasukan yang akan bermula Sabtu ini.
Cristiano Ronaldo antara pemain yang paling menyerlah dengan dua penalti ketika menentang Perancis menjadikan keseluruhan lima gol dijaringkan bintang Portugal itu selepas tiga perlawanan.
Penyerang Republik Czech Patrik Schick juga berada pada pretasi memberangsangkan, dengan salah satu daripada tiga jaringannya - rembatan jarak jauh ketika menentang Scotland - antara gol terbaik pada kempen kali ini.
Selain Schick, Romelu Lukaku, Georginio Wijnaldum dan Emil Forsberg turut meledak tiga gol dan pasukan masing-masing berjaya mara ke kelompok 16 terakhir.
Antara nama besar yang masih belum menemui sasaran ialah penyerang England Harry Kane serta bintang sensasi Perancis Kylian Mbappe.
Kedua-dua pemain yang disandarkan harapan tinggi untuk menyerlah kali ini masih belum menemui sentuhan gol dan ketajaman mereka amat diperlukan pada aksi kalah mati ini.
Setakat ini Ronaldo berada di kedudukan selesa untuk memenangi Kasut Emas kejohanan, tetapi ia bergantung kepada sejauh mana Portugal mampu mara untuk mempertahankan kejuaraan mereka. - AGENSI.1
_________________________________________________
1https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/06/831783/euro-ronaldo-calon-utama-kasut-emas

No comments:
Post a Comment