Ad

Saturday, 19 June 2021

Lajunya Ronaldo lari

Agensi



RONALDO (dua kanan) meraikan jaringannya. FOTO AFP

Munich: Cristiano Ronaldo membuatkan penonton terpukau selepas menjaringkan gol menarik untuk Portugal ketika bertemu Jerman, hari ini.

Bintang berusia 36 tahun itu tidak menunjukkan tanda sudah berusia apabila dia menjaringkan gol menerusi satu serangan balas yang pantas di Allianz Arena.

Meskipun Jerman memenangi perlawanan itu dengan keputusan 4-2, detik Ronaldo menjaringkan gol pertama Portugal itu sangat menakjubkan.

Ronaldo hanya memerlukan 14.2 saat untuk berlari dari gawang gol Portugal ke kotak penalti Jerman sebelum menjaringkan gol menewaskan Manuel Neuer yang juga gol pertamanya berdepan Jerman selepas menerima hantaran cantik Diogo Jota.

Meskipun Portugal tewas, aksi Ronaldo itu mencuri tumpuan penyokong yang melabelkannya sebagai sangat luar biasa.

Ramai menganggap Ronaldo hanya menjaringkan gol menerusi tolakan mudah manakala yang lain mempertahankan penyerang Portugal itu kerana kesungguhannya untuk mencipta gol.

"Orang ramai menganggapnya mudah tetapi lihat kerja kerasnya untuk berada di kedudukan itu lebih-lebih lagi apabila bertemu Jerman," kata seorang penyokong di Twitter.

Seorang lagi penyokong berkata: "Ramai berkata ia tolakan mudah untuk Ronaldo tetapi dia sememangnya berhak mendapat pujian."Disiarkan pada: Jun 20, 2021 @ 8:07am.1

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/720204/lajunya-ronaldo-lari

No comments:

Post a Comment