Agensi
GRANT Hanley (kanan) cuba untuk merampas bola dari kawalan pemain tengah England, Mason Mount. FOTO AFP
London: Grant Hanley memberi amaran kepada rakan pasukan bahawa keputusan seri menentang England di Wembley tidak boleh dipersiakan dan mereka perlu mengekalkan rentak konsisten untuk menang ke atas Croatia sekali gus menempah tempat ke pusingan 16 terbaik di Euro 2020.
Scotland itu berada di tahap tertinggi semalam berikutan aksi luar biasa yang dijelmakan oleh barisan Steve Clarke pada pertemuan kedua Kumpulan D menentang skuad Gareth Southgate London, Jumaat lalu.
Hanley, bek tengah Norwich City menjadi halangan utama kepada Harry Kane dan Marcus Rashford meledakkan gol, namun keputusan itu tidak akan memberi sebarang makna jika mereka gagal menewaskan Croatia di Hampden Selasa ini.
Dia kini perlu fokus sepenuhnya bagi memastikan Scotland layak ke pusingan kalah mati buat pertama kali dalam sejarah dengan tidak mahu terbawa-bawa kejayaan menewaskan Russia di Glasgow pada 2018.
"Kami gembira selepas malam Jumaat lalu. Kami perlu bersedia sekarang sebelum berdepan perlawanan yang besar Selasa ini.
"Kami gembira mendapat satu mata menentang England. Kami tidak terlalu jauh dengan Republik Czech dan tidak terlalu tinggi. Adalah penting untuk mengekalkan apa yang ada ketika ini.
"Kami perlu pulih dengan cepat dan bersedia sekali lagi. Kami akan bertemu pasukan teratas pada hari Selasa dan jelas sekali kami perlu menang.
"Sudah tentu kami perlu menyelesaikan tugas ini dan tidak membazir apa yang dicapai pada Jumaat lalu.Disiarkan pada: Jun 20, 2021 @ 2:06pm.1
___________________________________
1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/720288/pemain-scotland-tidak-boleh-leka

No comments:
Post a Comment