Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my
K
UALA LUMPUR - "Jangan main-main dengan
al-Quran".
Itu pesan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia
(FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung tindakan T-Team dan
pemainnya Muhammad Irfan Ghani yang bersumpah menggunakan al-Quran, rentetan
daripada pergaduhan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Johor Bahru pada 1
Februari lalu.
Katanya, kepercayaan seharusnya diberikan kepada FAM
untuk melaksanakan siasatan dan mengambil tindakan terhadap insiden itu.
Kelmarin, penolong jurulatih T-Team, Azlan Johar dan
seorang pemainnya Khairan Izuan Razali bersumpah dengan al-Quran bagi
membuktikan kebenaran berhubung insiden itu.
Semalam pula, pemain T-Team, Muhammad Irfan yang sebelum
ini memberikan kenyataan bertentangan dengan pasukannya, turut melakukan
perkara sama.
Tengku Abdullah menegaskan, biarlah FAM menjalankan tugas
dalam melakukan siasatan berhubung pergaduhan yang berlaku sewaktu masa rehat
perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan
T-Team itu.
"Janganlah sampai sumpah-sumpah dan jangan main-main
dengan al-Quran.
"FAM akan buat keputusan nanti dan terpulang kepada
pihak terlibat," katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Lembaga
Eksekutif Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), di sini semalam.
Pada 1 Februari lalu, T-Team mengambil keputusan untuk
tidak meneruskan perlawanan Piala FA menentang JDT selepas mendakwa pemainnya
dikasari oleh pegawai tertinggi JDT di dalam terowong.
Sementara itu, Tengku Abdullah turut memberitahu tugas
menangani samseng dalam kalangan penyokong bola sepak tidak boleh diletakkan
seratus peratus kepada FAM sahaja.
Malah Tengku Abdullah mengakui tiada persatuan sukan di
dunia ini yang mampu menangani masalah tersebut secara bersendirian.
"Mereka (penyokong) perlu ingat jika mahu jadi
samseng ini akan melibatkan undang-undang dan janganlah sampai membuat perkara
yang melanggar undang-undang.
"Saya nasihatkan mereka ini jangan buat kecoh kerana
kita datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan dan menang atau kalah itu
adalah adat dalam perlawanan bola sepak," katanya.
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140212/su_02/Biar-FAM-uruskan---Tengku-Abdullah#ixzz2tHnKp9iS
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment