Oleh radhuan hussain
sukan@utusan.com.my
KUALA TERENGGANU - Menteri
Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyifatkan insiden Larkin yang mencetuskan
ketegangan antara T-Team dengan Johor Darul Ta'azim (JDT) sebagai sudah
'selesai' selepas upacara bersumpah al-Quran oleh pihak T-Team Isnin lalu.
Beliau seterusnya mengambil
jalan selamat dengan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sejurus
ditanya pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di
sini semalam.
"Dah habis, selepas
bersumpah cukuplah," kata Menteri Besar itu lagi.
Ditanya mengenai reaksi
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan
Ahmad Shah Ahmad mengenai tindakan pihak T-Team bersumpah menggunakan al-Quran,
Ahmad hanya berkata: "Tak apalah, cukuplah. Saya dah kata hari itu, ini
bukan soal main-main".
Kelmarin, Tengku Abdullah
membuat teguran agar jangan bermain-main dengan al-Quran dan pada masa sama,
beliau mahu perkara itu diserahkan kepada FAM untuk menyiasat dan bertindak
dengan sewajarnya.
Menurutnya, kepercayaan perlu
diberikan kepada badan induk tersebut untuk tindakan selanjutnya berhubung
insiden itu.
Isnin lalu, penolong jurulatih
T-Team, Azlan Johar dan seorang pemain skuad The Titans, Khairan Izuan Razali
bersumpah dengan al-Quran di hadapan Menteri Besar Terengganu.
Sumpah itu dibuat bagi
membuktikan kebenaran dakwaan mereka mengenai insiden pergaduhan di dalam
terowong ke bilik persalinan yang mereka dakwa berlaku sewaktu perlawanan
pusingan kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos.
Keesokannya pula (kelmarin),
pemain T-Team, Muhammad Irfan Abdul Ghani yang sebelum ini mencetuskan
kontroversi dengan kenyataannya yang bertentangan dengan pasukannya itu turut
berbuat demikian (bersumpah).
Ditanya mengenai sumpah yang
dibuat Muhammad Irfan itu, Ahmad berkata, terpulang kepada pemain kelahiran
Johor itu.
"Ikut pandai dialah
(Muhammad Irfan). Kita serahkan kepada persatuan bola sepak (Persatuan Bola
Sepak Negeri Terengganu), saya tak boleh campur tangan dan ini bukan tugas
saya.
"Itu antara dia dengan
persatuan (PBSNT), tidak melibatkan kita. Saya dah kata cukuplah, semalam pun
(kelmarin), (Menteri Belia dan Sukan) Khairy Jamaluddin sudah komen, tak
perlulah panjang-panjang. Kita tunggu dan lihat," ujarnya.
SUMBER:Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140213/su_03/Dah-habis-selepas-bersumpah-cukuplah#ixzz2tHpjFHid
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment