Mohd. Hafiz Kamal
KUANTAN - Pemain tengah Pahang,
Mohd. Hafiz Kamal mahu menjadikan pemilihannya untuk menyertai skuad Harimau
Malaya sebagai satu motivasi bagi meningkatkan prestasinya sepanjang musim ini.
Pemain yang berasal dari Pantai
Remis, Perak itu berkata, dia akan terus mempamerkan aksi terbaik setiap kali
diberi peluang beraksi menyarung jersi kebangsaan.
"Saya sangat teruja
apabila pengendali Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee menyenaraikan nama saya
untuk menyertai kem kebangsaan sebagai persiapan berdepan Yemen pada saingan
kelayakan Piala Asia 2015.
"Apa pun perjalanan karier
saya masih jauh dan saya tidak boleh berpuas hati dengan prestasi semasa namun
perlu lebih gigih menjalani latihan agar mutu permainan sentiasa
meningkat," katanya kepada Utusan Malaysia semalam.
Dalam saingan Liga Malaysia
musim ini, tonggak Pahang itu mencuri tumpuan ramai pemerhati bola sepak yang
melihat dia antara pemain tengah yang memiliki kebolehan sebagai perancang mahu
pun ketika membantu pertahanan.
Selain Mohd. Hafiz, penjaga gol
Tok Gajah, Mohd. Khairul Azhan Mohd. Khalid turut dipanggil oleh Kim Swee
sebagai persiapan menjelang aksi persahabatan menentang Filipina.
Mohd. Hafiz berkata, dia akan
memastikan pemilihannya sebagai pemain kebangsaan tidak sia-sia dan berazam
membantu Harimau Malaya untuk mendapat pencapaian terbaik.
Dia kini memberi tumpuan untuk
membantu pasukannya meraih tiga mata apabila bertandang ke Kuala Terengganu
esok untuk berdepan skuad Penyu.
Katanya, pengunduran Mohd.
Amirulhadi Zainal yang menyertai Johor Darul Ta'zim (DT) memberi peluang
buatnya untuk berada dalam kesebelasan utama skuad Tok Gajah.
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140214/su_04/Hafiz-Kamal-tetap-merendah-diri#ixzz2tLG5HIoq
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment