ZAINUDDIN MAIDIN
12 Februari 2014
Tan Sri Abdul Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak Tan Sri
Abdul Taib Mahmu
KETUA Menteri Sarawak selama lebih 30 tahun, Tan Sri
Abdul Taib Mahmud seolah-olah terasing dari politik Semenanjung sekalipun
pergantungan Semenanjung kepadanya sangat
besar bagi pengekalan kuasa BN dari satu pilihan raya ke satu PRU.
Nasib baik Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak
mempedulikan pandangan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang
menyertai golongan chauvanis Cina dan pembangkang mahukan supaya Taib berundur
kerana rasuah. Kalau tidak, Najib pun tidak jadi Perdana Menteri hari ini.
Saya kenal Taib sejak beliau menjadi Timbalan Menteri
Perdagangan dan Industri Persekutuan lebih 40 tahun lalu dan ketika itu Kip
Bahadun menjadi pembantu khasnya (bekas Setiausaha Kerja Umno-Allahyarham)
Apabila beliau outsmarted Abdul Rahman Yaacob bapa
saudaranya yang mahu menjatuhkannya dalam pertarungan politik Sarawak, Taib
keluar dengan aura kepimpinan yang gagah, ditakuti, dihormati dan disegani.
Rakyat di
Semenanjung tidak bagitu tahu bahawa disebalik pelbagai tuduhan rasuah dan
penyalahguaan kuasa terhadapnnya, cengkamannya yang kuat dan bijaksana dalam
politik dan pentabiran Sarawak, maka Bumiputera Sarawak dapat
diselamatkan, tanah tanah mereka tidak
terjatuh ke mulut naga-naga Cina yang senantiasa ternganga, lapar, rakus dan
tamak haloba walaupun sudah kekenyangan.
Taib menjadi benteng pertahanan kepada Bumiputera dan
Islam di Sarawak bukanlah dengan penonjolan imej perkauman dan keIslaman dari
kata dan perbuatan.
Taib tidak pernah menimbulkan prasangka kaum untuk mencari keyakinan di kalangan
Bumiputera kerana beliau sedar keyakinan mereka terhadapnya tidak pernah
berganjak.
Setiap kali menghadapi pilihan raya, orang Cina meloncat
dan mengaum seperti singa lapar membuat
berbagai fitnah untuk menjatuhkannya
dengan sokongan dari kuasa asing yang berkepentingan dengan kekayaan Sarawak
dan juga sokongan budak-budak berhingus politik di Semenanjung yang mahu
dikenali sebagai juara pejuang keadilan dan demokrasi sedangkan mereka sendiri
bergelumang dengan najis.
Taib memahami, menghayati dan sebati dengan sejarah
negara. Beliau memanipulasi kuasanya di samping mengkayakan diri dan
keluarganya tetapi beliau juga
mengkayakan Bumiputera Sarawak dari suku Melanau, Melayu dan lain lain kepada taraf kehidupan yang bermaruah dan dihormati.
Mereka memberikan sokongan padu kepadanya kerana mereka
dapat merasakan keadilannya dan dapat
melihatnya menyelamatkan mereka.
Warisan pusaka kepimpinan yang amat bernilai yang
ditinggalkan oleh Taib ialah perpaduan erat teguh kukuh Bumiputera Sarawak yang
melampaui perbezaan agama, suku kaum dan adat berbanding dengan di
Semenanjung yang walaupun satu kaum
Melayu tetapi berpecah-belah kerana politik agama.
Politik pembangunan Sarawak yang dijalankan Taib telah
meletakannya pada suatu taraf penghormatan yang tinggi di kalangan rakyat
Sarawak.
Beliau berundur dengan teratur, melangkah keluar dari kuasa dengan penuh
hemah dengan perhitungan untuk memastikan Bumiputera khususnya dan rakyat
umumnya terus berada dalam Sarawak yang stabil, makmur dan selamat.
Beliau menjadikan dirinya seperti benang yang menarik
diri dalam tepung dalam langkah berundur dan tidak berundur dalam keadaan yang
berkecamuk di bawah tekanan. Legasinya adalah legasi perpaduan Bumiputera yang
cemerlang dan Sarawak yang maju.
Bagi saya sebagai wartawan yang sekian lama mengikuti
jejaknya, mendengar ucapan dan membaca pemikiran dan tindak tanduk
politiknya,Taib bukan kepalang orang, kekuatan batinnya luar biasa, tidak
sekadar anak Sarawak yang terulung dan hebat yang berkaliber untuk hanya
menjadi Ketua Menteri Sarawak tetapi beliau memiliki kewibawaan gagah untuk
berada pada kedudukan Perdana Menteri Malaysia.
Tetapi sayang beliau sendiri telah memilih untuk
berpolitik setakat Sarawak sahaja.
Bersempena dengan pengudurannya dari kuasa, saya
mengangkat tabik hormat kepadanya dengan
keyakinan bahawa beliau tidak akan melakukan kesilapan politik seperti
yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Saya percaya Taib akan menjadi Yang Dipertua Negeri dan
saya berdoa semoga Tan Sri Adenan Satem menggantikan beliau sebagai Ketua
Menteri Sarawak, bukan kerana saya kenal dengannya, bukan kerana dia telah
membaca semua buku saya (seperti yang dimaklumkannya kepada saya) tetapi kerana
saya melihat tangannya adalah seperti tangan Taib Mahmud. AMIN!
SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE 13.2.14
No comments:
Post a Comment