Ad

Thursday, 13 February 2014

JDT kembali temui momentum

MOHD FIRDAUS YON
13 Februari 2014
JDT kembali temui momentum
JDT kembali temui momentum Amri Yahyah buktikan dirinya kekal berbisa apabila ledak gol pembukaan JDT di Larkin, kelmarin.
KEJAYAAN Johor Darul Takzim (JDT) menewaskan Kedah dalam aksi suku akhir pertama Piala FA 2014 di laman sendiri, kelmarin, cukup menggembirakan pengendalinya.

Menyifatkan pertemuan dengan Lang Merah sebagai perlawanan penting, Cesar Ferrando Jiminez memuji aksi yang dipersembahkan semua pemainnya.

“Segalanya penting bagi perlawanan malam ini (malam kelmarin) dan saya gembira dengan apa yang diberikan semua pemain saya.

“Mereka berusaha dengan baik untuk mendapatkan gol menerusi beberapa siri asakan dan hantaran jauh,” katanya, di sini, kelmarin.

Mengakui ketiadaan Pablo Aimar akibat kecederaan sedikit menggugat permainan, Jiminez tetap kagum dengan komitmen ditunjukkan pemain tempatan dalam mengawal permainan.

“Pada saya, lebih penting di sini adalah aksi pemain yang diturunkan seperti Mat Yo dan Safee Sali untuk memberikan sesuatu bagi mencari kemenangan.

“Tambahan pula, Kedah merupakan pasukan yang hebat dari Liga Perdana dan mereka bermain dengan baik pada malam ini (kelmarin). Oleh itu, kita akan bersiap sedia untuk pertemuan timbal balik di Kedah nanti,” katanya.

Sementara itu, Baihakki Khaizan turut memuji kerjasama diberikan rakan sepasukan yang bekerja keras memastikan JDT mendapat bekalan selesa ke Stadium Darul Aman bagi aksi timbal balik, 18 Februari depan.

“Alhamdulillah kita dapat kemenangan.. saya rasa kita mula liga dengan tekanan sendiri dan semua pemain rasa perasaan ini. Bukan senang main bersama JDT, tetapi ia satu kebanggaan.

“Perlahan-lahan kita mendapatkan momentum dan insya-ALLAH kemenangan malam ini akan menjadi satu semangat kepada pasukan dan lebih positif lagi,” katanya.

Mengulas tindakan Mohd Fazly Mazlan menjatuhkan Mohd Khyril Muhymeen Zambri yang membawa kepada layangan kad merah, Baihakki memuji pengorbanan dilakukan rakan sepasukannya itu.

“Saya rasa dia buat (terjahan) untuk pasukan. Saya tidak pernah salahkan pemain dapat kad merah kerana pasukan.

“Dia berkorban untuk pasukan, kalau tidak sudah tentu keputusan menjadi 2-2, sudah tentu jadi satu hal. Oleh itu dia membuat apa yang patut dan kita sokong dia,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE 13.2.14

No comments:

Post a Comment