Ad

Saturday, 8 February 2014

Khairy kecewa 'samseng bola sepak' semakin menjadi-jadi

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memandang serius insiden kecohan yang membabitkan pe nyokong selepas perlawanan Liga Super antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam kelmarin.

Menterinya, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Ma laysia (FAM) bagi mendapatkan laporan kejadian tersebut.

“Saya memandang serius kejadian yang berlaku ini, bukan sahaja insiden semalam (kelmarin) tetapi termasuk juga insiden kekecohan dalam terowong menuju ke bilik per salinan pemain di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru antara Johor DT dengan T-Team pada Sabtu lepas.

“Perlu ada satu tindakan tegas daripada FAM dan saya juga telah berbincang dengan Setiausaha Agung FAM (Datuk Hamidin Mohd. Amin) dimana beliau memberi jaminan akan menangani perkara ini dengan serius,” katanya pada sidang akhbar di ibu negara semalam.

Beliau ditemui selepas merasmikan Simposium Kepimpinan dan Aspirasi Nasional Kedua di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Kata Khairy, pihaknya akan mengambil langkah drastik bagi mengenal pasti tindakan yang boleh dilaksanakan untuk mengelak masalah disiplin berlaku bukan sahaja membabitkan pemain tetapi termasuk juga penonton di stadium.

KOSMO ONLINE 9.2.14

No comments:

Post a Comment