KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memandang serius insiden kecohan yang
membabitkan pe nyokong selepas perlawanan Liga Super antara Pahang dengan Johor
Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam kelmarin.
Menterinya, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, pihaknya akan mengadakan
pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Ma laysia (FAM) bagi mendapatkan laporan
kejadian tersebut.
“Saya memandang serius kejadian yang berlaku ini, bukan sahaja insiden
semalam (kelmarin) tetapi termasuk juga insiden kekecohan dalam terowong menuju
ke bilik per salinan pemain di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor
Bahru antara Johor DT dengan T-Team pada Sabtu lepas.
“Perlu ada satu tindakan tegas daripada FAM dan saya juga telah berbincang
dengan Setiausaha Agung FAM (Datuk Hamidin Mohd. Amin) dimana beliau memberi
jaminan akan menangani perkara ini dengan serius,” katanya pada sidang akhbar
di ibu negara semalam.
Beliau ditemui selepas merasmikan Simposium Kepimpinan dan Aspirasi
Nasional Kedua di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Kata Khairy, pihaknya akan mengambil langkah drastik bagi mengenal pasti
tindakan yang boleh dilaksanakan untuk mengelak masalah disiplin berlaku bukan
sahaja membabitkan pemain tetapi termasuk juga penonton di stadium.
KOSMO ONLINE 9.2.14
No comments:
Post a Comment