Saturday, 8 February 2014

Surendran tidak menghampakan skuad Tok Gajah

 
WALAUPUN masuk sebagai pemain gantian, pemain tengah Pahang, R. Surendran (gambar) tampil dalam kelas tersendiri ketika membantu Pahang menewaskan Johor Darul Takzim 3-2 pada kempen Liga Super di Stadium Darul makmur, Kuantan malam kelmarin.

Surendran yang masuk menggantikan Azamuddin Mohd. Akil yang mengalami kecederaan pada minitke-22 jelas tidak menghampakan penyokong mereka apbila bertindak cemerlang menjana jentera tengah skuad yang mendapat jolokan Tok Gajah itu.

Kehebatan yang dipamerkannya sepanjang perlawanan tersebut memberi kepuasan kepada jurulatih mereka, Ronald Smith yang menganggap Surendran sebagai pemian terbaik pada perlawanan tersebut.

Surendran tidak beraksi dalam tiga perlawanan sebelum ini akibat kecederaan yang dilaminya ketika membantu Pahang muncul juara Piala Sumbangsih pada 17 Januari lalu selepas menewaskan Lions XII 1-0.

Sumbangan yang diberikan Surendran pada perlawanan tersebut menyaksikan mereka mendominasi perlawanan tersebut sekali gus memaksa pasukan lawan berada dalam tekanan.

"Saya puji persembahan Surendarn dan dia adalah pemain terbaik dalam perlawanan ini," kata Smith.

Menurutnya, pemain kelahiran Bera itu telah membentuk gandingan baik dengan Azidan Sarudin sekali gus menguasai bahagian tengah skuad Pahang.

"Kemasukan Suren (Surendran) membawa nafas baharu di bahagian tengah dan mereka banyak melancarkan serangan serta mengucar-kacirkan pertahanan lawan.

"Kami merasai kehilangannya dalam empat perlawanan sebelum ini (termausk kempen Piala FA) dan kami bersyukur dia dapat segera sembuh dan kembali beraksi menyesuaikan diri dengan permainan.

"Jika orang bertanya kepada saya siapa pemain terbaik, saya pilih Suren," katanya.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur itu, Tok Gajah berjaya membenamkan keangkuhan pasukan Johor DT hasil jaringan Matias Conti, Mohd. Fauzi Roslan dan Mohd. Hafiz Kamal manakala gol pasukan pelawat diperoleh melalui Pablo Aimar dan Safee Sali.

Smith yang puas hati dengan keputusan perlawanan itu turut memberi penghargaan kepada kesemua anak buahnya kerana mempersembahkan semangat juang yang tinggi untuk meraih tiga mata penuh.

Katanya, Pahang banyak menghasilkan peluang untuk menjaringkan gol melalui beberapa cubaan seperti tandukan Fauzi dan sepakan percuma yang diambil oleh Azidan, namun gagal menerjah gawang lawan.

Bagaimanapun, beliau mengakui terdapat banyak kelemahan yang dikesan dalam perlawanan tersebut lebih-lebih lagi membabitkan barisan pertahanan yang dilihat mudah alpa dengan askaan pasukan pelawat.

"Dua gol yang dihasilkan oleh Johor DT itu berpunca kelekaan barisan pertahanan yang tidak berupaya menghidu pergerakan lawan.

"Tetapi barisan pertahan berjaya bangkit dan saya puji komitmen mereka kerana tidak memberi peluang kepada pemain seperti Aimar dan Luciano Figueroa untuk bebas bergerak mencari peluang menjaringkan gol," katanya.

Mengulas mengenai kecederaan yang dialami oleh Azamuddin yang dikeluarkan pada separuh masa pertama, Smith berkata, ia tidak serius dan pemain itu akan berehat selama empat hari agar kecederaannya segera pulih.

KOSMO ONLINE 9.2.14

No comments:

Post a Comment