Oleh Saiful Affendy Sapran
Kuala Lumpur: Bekas jurulatih
perseorangan lelaki negara Datuk Misbun Sidek antara calon pilihan yang ingin
dipujuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi mengisi jawatan Pengarah
Kejurulatihan.Pemilihan Misbun itu dibuat
selepas badan induk negara berkenaan terpaksa menolak calon sebelum ini iaitu
bekas jaguh perseorangan Denmark Morten Frost Hansen.
Antara yang menyebabkan BAM
terpaksa melupakan Frost adalah permintaan gaji terlalu tinggi iaitu kira-kira
RM100,000 sebulan yang dimahukan oleh juara Seluruh England empat kali itu.
Keputusan itu dibuat menerusi
mesyuarat Jawatankuasa Keupayaan, Kemahiran dan Penyelidikan yang
dipengerusikan Presiden BAM Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff kelmarin.
MISBUN (kanan) bertanggungjawab
bina karier cemerlang Chong Wei.
Turut hadir, jaguh perseorangan
lelaki negara Datuk Lee Chong Wei yang mewakili pemain.Menurut sumber, kegagalan
mendapatkan Frost mendorong BAM untuk mencari calon pengganti lain dan antara
yang menjadi pilihan adalah Misbun.Namun usaha untuk mendapatkan
Misbun bukan mudah dan atas faktor itu, BAM mungkin memerlukan bantuan pihak luar
bagi memujuk bekas jurulatih negara itu.
Misbun cukup dikenali sebagai
individu yang bertanggungjawab membina karier cemerlang Chong Wei.
Bagaimanapun beliau membuat
keputusan mengejut dengan meletak jawatan pada 2011 kerana dikatakan sudah
tidak senang dengan pengurusan BAM.
Artikel ini disiarkan pada :
2014/02/15
MYMETRO ONLINE 15.2.14
No comments:
Post a Comment