Tuesday, 11 February 2014

PBSNT terima surat peletakan jawatan Irfan

11/02/2014 7:52pm
KUALA TERENGGANU - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sudah menerima surat peletakan jawatan pemain pertahanan pasukan T-Team, Mohd Irfan Abdul Ghani.

Presidennya, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, pihaknya akan meneliti surat itu dan mempertimbang tindakan susulan berasaskan kontrak pemain berkenaan dan juga peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Saya tidak pasti bila surat itu dihantar,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Wan Ahmad Nizam juga mengakui beliau sudah dimaklumkan oleh T-Team mengenai hasrat Mohd Irfan mahu meninggalkan pasukan kelab yang berpangkalan di sini itu.

Pemain yang berasal dari Johor itu dilapor 'hilang' selama beberapa hari selain gagal dihubungi selepas membuat kenyataan bercanggah dengan T-Team berhubung dakwaan pergaduhan membabitkan pemain import T-Team dan pegawai pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) ketika pertemuan di Stadium Larkin, Johor Baharu minggu lepas. - Bernama

KOSMO ONLINE 11.2.14

No comments:

Post a Comment