Ad

Thursday, 4 June 2015

Nasib pemain ternama

Oleh Azlan Muhammad Zain -azlanmz@hmetro.com.my
Shah Alam: Pengendali Harimau Malaya Dollah Salleh membayangkan ada nama besar akan diketepikan daripada senarai akhir 23 pemain bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Timor Leste dan Palestin bermula minggu depan.
Katanya, sebahagian besar yang dipanggil menyertai kem latihan pusat pertama berjumlah 16 pemain ketika menentang kelab Liga Perdana Inggeris Tottenham Hotspur akan dikekalkan.
Ini bermakna ada nama besar daripada 15 pemain Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dan Pahang yang hadir pada kem latihan pusat fasa kedua akan digugurkan.
“Senarai 23 ini kombinasi pemain baru dan lama. Ramai pemain ketika menentang Spurs akan dikekalkan kerana mereka memuaskan hati saya.
“Sukar bagi saya membuat keputusan. Namun ada kemungkinan (pemain yang mempunyai nama besar digugurkan),” katanya pada sesi latihan semalam.
Bagaimanapun masih ada dua pemain yang berada dalam pertimbangan akhir Dollah untuk disenaraikan atau sebaliknya dengan lapan pemain keseluruhan yang disisihkan akan diumumkan secara rasmi hari ini.
Sementara itu mengulas mengenai ranking terbaru negara yang naik empat anak tangga ke-162, Dollah berkata, aksi terbaik akan dipastikannya untuk menentang Hong Kong dalam perlawanan persahabatan kelas A malam esok.
“Mungkin kemenangan dengan Hong Kong boleh menutup cerita pasal ranking.
“Tiada guna jika kita sibuk mencari aksi persahabatan menentang pasukan yang lemah untuk membaiki ranking semata-mata. Saya perlu fokus dan mengutamakan perlawanan untuk memantapkan pasukan terlebih dulu,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 8:00 AM

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/55825#sthash.JXqJYTvN.dpuf

No comments:

Post a Comment