Oleh Azlan Muhammad Zain -azlanmz@hmetro.com.my
Shah Alam: Pengendali Harimau
Malaya Dollah Salleh membayangkan ada nama besar akan diketepikan daripada
senarai akhir 23 pemain bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2018 menentang
Timor Leste dan Palestin bermula minggu depan.
Katanya, sebahagian besar yang
dipanggil menyertai kem latihan pusat pertama berjumlah 16 pemain ketika
menentang kelab Liga Perdana Inggeris Tottenham Hotspur akan dikekalkan.
Ini bermakna ada nama besar
daripada 15 pemain Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dan Pahang yang hadir pada kem
latihan pusat fasa kedua akan digugurkan.
“Senarai 23 ini kombinasi
pemain baru dan lama. Ramai pemain ketika menentang Spurs akan dikekalkan
kerana mereka memuaskan hati saya.
“Sukar bagi saya membuat
keputusan. Namun ada kemungkinan (pemain yang mempunyai nama besar
digugurkan),” katanya pada sesi latihan semalam.
Bagaimanapun masih ada dua
pemain yang berada dalam pertimbangan akhir Dollah untuk disenaraikan atau
sebaliknya dengan lapan pemain keseluruhan yang disisihkan akan diumumkan
secara rasmi hari ini.
Sementara itu mengulas mengenai
ranking terbaru negara yang naik empat anak tangga ke-162, Dollah berkata, aksi
terbaik akan dipastikannya untuk menentang Hong Kong dalam perlawanan
persahabatan kelas A malam esok.
“Mungkin kemenangan dengan Hong
Kong boleh menutup cerita pasal ranking.
“Tiada guna jika kita sibuk
mencari aksi persahabatan menentang pasukan yang lemah untuk membaiki ranking
semata-mata. Saya perlu fokus dan mengutamakan perlawanan untuk memantapkan
pasukan terlebih dulu,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada :
Jumaat, 5 Jun 2015 @ 8:00 AM
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/55825#sthash.JXqJYTvN.dpuf
No comments:
Post a Comment