Pada hari ini dalam tahun 1984,
Bangunan Kompleks Dayabumi satu lagi mercutanda bandaraya Kuala Lumpur telah
dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad. Turut hadir
dalam majlis tersebut ialah Menteri Perusahaan Awam Datuk Paduka Rafidah Aziz.
Kompleks Dayabumi ini adalah sebuah projek pembangunan semula bandar yang
terbesar pernah dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan
projek ini mulai diilhamkan oleh kerajaan sejak tahun 1972 kini menjadi kenyataan.
Dalam ucapan perasminya Perdana Menteri melahirkan rasa bangga kerana UDA
sebagai sebuah agensi Kerajaan berjaya membina sebuah projek yang besar ini.
Kejayaan ini juga ada kaitannya dengan kejayaan Dasar Pandang ke Timur kerana
syarikat-syarikat tempatan telah mengambil bahagian sama dalam projek ini. Ini
kerana kontraktor-kontraktor Korea Selatan yang menjalankan kerja-kerja
tersebut dapat memindahkan teknologi dan pengetahuan kepada kontraktor
tempatan. Mengikut Perdana Menteri lagi sebuah syarikat tempatan telah berjaya
mengeluarkan "curtain wall" untuk kegunaan projek Dayabumi ini.
Projek ini telah disiapkan dalam masa 26 bulan adalah amat membanggakan
lebih-lebih lagi untuk menyiapkan bangunan setinggi 35 tingkat bukannya suatu
kerja yang mudah. Dengan perasmian projek Dayabumi oleh Perdana Menteri pada
hari ini dalam tahun 1984 telah berjaya mewujudkan satu lagi mercutanda di
Kuala Lumpur dan juga menyediakan pelbagai kemudahan ruang perniagaan kepada
bumiputera.
Ad
Labels
- AGAMA
- AKHYARLSJDT
- ARKIB LIGA MALASIA
- BELASUNGKAWA
- BICARA AGAMA
- HADIS-JAKIM
- HARI INI DALAM SEJARAH
- HIDUPAN LIAR
- HOKI MALAYSIA
- KARTUN
- PASIR PUTEH
- PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA
- PELANCONGAN
- PEMAIN MUDA 2017
- PENDIDIKAN
- PENGASUH 1918-1955
- PENYELIDIKAN SEJARAH AHMAD
- PIALA DUNIA
- PIALA FA
- PIALA MALAYSIA
- SEJARAH FELDA
- SEJARAH MALAYSIA
- SEJARAH STPM P2
- SEJARAH STPM P3
- SEJARAH STPM PI
- SELANGOR 2008
- SIRAH NABI
- SMK JENGKA2
- SUKAN KOMANWEL
- VIDEO SEJARAH
No comments:
Post a Comment