Oleh Aziman Rosdi
Kuala Lumpur: “Pemain lama tak
semestinya permainan pun sama, setiap jurulatih ada strategi dan latihan
berbeza,” kata jurulatih sementara Harimau Malaya Datuk Ong Kim Swee yang
mempertahankan pemilihan pemainnya.
Bagi pengendali berusia 43
tahun itu, beliau tidak kisah jika ada pihak yang kurang senang dengan barisan
25 pemain dipanggil bagi sesi latihan pusat 19 Februari ini kerana dua
perlawanan dengan Filipina dan Yaman bakal menentukan sama ada percaturannya
itu tepat atau sebaliknya.
“Tunggu perlawanan pertama
dengan Filipina dan Yaman nanti, selepas itu baru beri pendapat. Terpulang
kepada mana-mana pihak untuk memberikan pendapat tapi saya mengharapkan dengan
pemain yang ada, corak permainan kita bertambah baik,” katanya.
Kim Swee yang juga jurulatih
Harimau Muda A berkata demikian selepas menyaksikan skuad muda itu menewaskan
pasukan Liga FAM, Kuala Lumpur 2-0 pada aksi persahabatan semalam.
Keputusan Kim Swee yang hanya
menyenaraikan dua muka baru iaitu penjaga gol Khairul Azhan Khalid dan Mohd
Hafiz Kamal dalam skuad Harimau Malaya mendapat kritikan pemerhati dan peminat
bola sepak tempatan apabila pasukan itu dikatakan sama seperti skuad jurulatih
terdahulu Datuk K Rajagobal.
SUMBER:MYMETRO ONLINE 15.2.14
No comments:
Post a Comment