LONDON - Pengurus England, Roy
Hodgson melancarkan perang psikologi dengan mendakwa penyerang sensasi Uruguay,
Luis Suarez akan bergelut untuk menyinar pada kempen Piala Dunia di Brazil
bulan depan.
England dan Uruguay telah
diundi bersama-sama dalam Kumpulan D dan dijadualkan bertemu sesama sendiri
pada perlawanan kedua kejohanan itu, 19 Jun depan.
Bagaimanapun, Hodgson yakin
Suarez akan bergelut mempamerkan 'taringnya' sepertimana diperagakan bersama
Liverpool dengan mencetak 31 gol dalam aksi Liga Perdana England musim ini.
"Bagi saya, Suarez adalah
pemain terbaik tahun ini. Saya tidak mahu mengambil sesuatu daripadanya, dia
menikmati musim yang sangat cemerlang.
"Namun, dia keseorangan.
Dia tidak mempunyai barisan pemain hebat di Uruguay seperti ketika bersama
Liverpool. Siapa tahu mungkin dia akan kurang efektif bersama Uruguay
berbanding Liverpool.
"Saya fikir satu kesilapan
besar jika terlalu bergantung kepada pemain individu sahaja tidak kiralah
sehebat mana sekalipun keupayaan pemain itu.
"Kami akan tumpukan
perhatian terhadap Uruguay sebagai satu pasukan. Saya mahu para pemain saya
cuba mengekang Suarez ketika menentang Uruguay sama seperti sewaktu dengan
kelab masing-masing.
"Kami mempunyai dua pemain
pertahanan, Gary Cahill dan Phil Jagielka yang sentiasa beraksi menentang
Suarez. Saya yakin mereka amat mengenali kekuatannya," katanya. - Agensi
Rujukan-
http://www.kosmo.com.my/kosmo 20.4.14
No comments:
Post a Comment