Monday, 1 June 2015

Tiada maaf bagimu


 
INSIDEN meludah memberi pengajaran bermakna buat Nazmi. 
NADA tegas disuarakan Ketua Kontinjen negara ke Sukan SEA Singapura 2015, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria apabila mahu membawa pulang pemain kontroversi, Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang digantung beberapa perlawanan ekoran tindakan meludah pemain Timor Leste pada aksi pertama skuad Malaysia, Sabtu lalu.

“Saya sangat kecewa dengan insiden berkenaan dan kes Nazmi ini memang jadi perhatian kita. Saya sudah berbincang dan beritahu jurulatih (Datuk Ong Kim Swee) untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Sekiranya perlu, Nazmi harus dibawa pulang ke tanah air.

“Apabila kita laksanakan tindakan sebegini, ia boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada atlet-atlet lain supaya menjaga tingkah laku serta semangat kesukanan, baik di dalam atau di luar padang. Bagi saya, Nazmi sememangnya perlu dibawa pulang,” katanya di Kuala Lumpur semalam.

Nazmi semalam mengakui tindakannya sebagai kurang bijak dan memohon maaf kepada kem bola sepak negara serta bersedia menerima sebarang bentuk hukuman

Pemain tengah negara itu dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Foo Chuan Hoi dari Singapura kerana didakwa meludah pemain Timor Leste, Felipe Oliviera.

sumberArtikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0602&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3bsCOE9VM Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment