Monday, 1 June 2015

‘Kami tak rela tewas teruk’


 
ROU YOU (kiri) dan Ho Ying akan menentang pasangan tuan rumah pada aksi separuh akhir ping pong di Stadium Tertutup Singapura hari ini.

SINGAPURA – Gandingan Ho Ying dan Lee Rou You mencipta kejutan apabila melangkah ke pentas separuh akhir acara beregu wanita Sukan SEA 2015 selepas menewaskan pasangan Indonesia, Gustin Dwijayanti-Kharisma Nur Hawwa 3-0 di Stadium Tertutup Singapura semalam.

Kemenangan 11-6, 11-8, 11-6 itu menyaksikan Ho Ying-Rou You bakal menjadi penyumbang pingat pertama buat kontinjen negara dengan sekurang-kurang­nya pingat gangsa.

Mereka dijadualkan bertemu beregu utama tuan rumah, Singapura, Feng Tianwei dan Yu Mengyu pada aksi separuh akhir hari ini.

Mengulas mengenai kejayaan tersebut, Ho Ying, 20, berharap mereka mampu mengulangi kejayaan suku akhir sambil mengharapkan sedikit tuah ke­rana menyedari Tiangwei dan Mengyu bukan mudah untuk ditewaskan.

“Sekarang kami merasai sedikit tekanan selepas mara ke peringkat separuh akhir tetapi lawan dari Si­ngapura nanti sangat kuat. Mereka adalah pemenang pingat gangsa Sukan Olim­pik 2012.

“Kalau boleh saya tak mahu keputusan 0-3 kerana saya tak rela kami tewas teruk. Saya mengharapkan mungkin ada sedikit tuah akan berlaku kepada kami esok (hari ini),” katanya kepada Kosmo! selepas tamat aksi suku akhir semalam.

Sementara itu, Rou You, 20, pula seakan tidak percaya mampu menjadi penyumbang pingat pertama buat Malaysia dan me­nganggap undian pusi­ngan awal sebenarnya banyak memihak kepada mereka.

“Kami memang ada meletakkan sasaran sendiri apabila selepas undian (kelmarin) kami tidak dijadualkan bertemu dengan lawan-lawan yang kuat pada pusingan awal.

“Sebenarnya kami juga tak sangka akan menjadi penyumbang pingat pertama buat Malaysia dan sudah tentu ia satu kepuasan buat kami,” jelas pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2013 di Myanmar itu.

Sebagai rekod, Tianwei-Mengyu mara ke peringkat separuh akhir bertemu Ho Yong-Rou You selepas menewaskan beregu dari Thailand, Orawan Pa­ranang dan Tamolwan Ketkhuan dengan keputusan 11-8, 13-11, 11-6.

Kedua-dua beregu tersebut berjaya menempah tiket ke pusingan suku akhir selepas mendapat bye pada pusingan awal.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0602&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3bs5cbfLB Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment