Susunan AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
BARISAN pemain Chile yang bakal
menggalas tugas berat pada saingan Piala Dunia di Brazil bulan depan.
NAMA skuad bola sepak Chile
mungkin tidak segah jika dibandingkan dengan juara bertahan, Sepanyol, Belanda
dan Australia dalam saingan Kumpulan B Piala Dunia 2014 di Brazil pada Jun
depan.
Bagaimanapun, pasukan yang
berkongsi nama jolokan bersama Sepanyol iaitu La Roja, mengakui mereka sudah
bersedia untuk mempamerkan watak sebenar Chile dalam kejohanan berprestij di
dunia tersebut.
La Roja yang cukup terkenal
dengan formasi 4-3-3 atau 3-4-3, kini terdesak untuk melakar satu pencapaian
baharu dalam kempen Piala Dunia 2014.
Pencapaian paling membanggakan
buat Chile dalam kejohanan itu adalah muncul sebagai pemenang ketiga Piala
Dunia 1962 yang mana Chile muncul sebagai tuan rumah pertandingan tersebut.
Keyakinan La Roja semakin kuat
membara kerana mereka yakin barisan pemain-pemain bintang antaranya seperti
penyerang Barcelona, Alexis Sanchez, Eduardo Vargas (Va lencia), Arturo Vidal
(Juventus) dan penjaga gol Real Sociedad, Claudio Bravo dilihat mampu
memberikan ke putusan yang positif di Brazil nanti.
Begitupun, Persatuan Bola Sepak
Chile (FFC) turut me ngambil risiko untuk menyenaraikan Vidal dalam skuad Piala
Dunia sebagaimana bintang Juventus itu ditimpa masalah kecederaan lutut.
Vidal yang ditimpa kecederaan
itu ketika beraksi me nentang Benfica dalam separuh akhir Liga Europa, di
kejarkan ke pakar perubatan di Barcelona, Sepanyol pada 7 Mei lalu.
Pegawai perubatan pasukan
Chile, Dr. Ramon Cugat menyifatkan Vidal yang selamat menjalani pembedahan
lutut kanan tersebut, memiliki peluang cerah untuk beraksi di pentas Piala
Dunia sebagaimana dia menjalani proses pemulihan bersama Juventus.
Menurut jurulatih La Roja,
Jorge Sampaoli, beliau yakin Vidal sempat sembuh untuk diturunkan pada aksi
pertama Kumpulan B menentang Australia nanti.
“Saya tidak perlu panik dengan
situasi Vidal. Saya percaya dia akan berusaha sedaya untuk mencari jalan dalam
usaha mencapai tahap kecergasan sebenar.
“Kami bekerjasama sebagai satu
pasukan. Bukan menerusi satu pemain.
“Namun, saya juga percaya jika
Chile memiliki ramai pemain terkemuka dunia, kami juga mampu bersaing dengan
mana-mana pasukan.
“Bukan saya terlalu yakin
tetapi keyakinan adalah cukup penting dalam Chile. Ini kerana kami sedar Chile
bukan pasukan pilihan dalam Kumpulan B untuk layak ke pusingan kalah mati.
“Ingin saya tegaskan bahawa
kehadiran Chile bukan sekadar pelengkap jadual dalam aksi Piala Dunia 2014
kerana kami tidak akan sesekali memberikan laluan mudah kepada Sepanyol,
Belanda mahupun Australia nanti,” katanya.
Dalam aksi pemanas badan, Chile
berjaya mengejutkan England apabila mereka berjaya menundukkan anak-anak buah
Roy Hodgson 2-0 di Stadium Wembley, 15 November lalu.
Malah, prestasi La Roja semakin
meningkat apabila ber jaya mengikat Sepanyol 2-2 (10 September) sebelum tewas
tipis kepada Brazil 1-2 dalam aksi persahabatan.
Merujuk persembahan semasa
Chile, Sanchez percaya pasukannya turut memiliki kelebihan tersendiri dalam
misi menjerat The Oranje dan La Roja (Sepanyol) yang muncul sebagai pasukan
pilihan.
Sanchez yang meledak 22 gol
sepanjang 65 penampilan bersama Chile, mengakui mereka sudah bersedia untuk
bertemu dengan mana-mana pasukan.
“Bagi saya, tiada istilah ‘atas
kertas’ dalam dunia bola sepak zaman kini. Semua pasukan boleh menewaskan ma
na-mana pasukan.
“Cuma, siapa buat silap, mereka
akan dihukum terlebih dahulu.
“Sepanjang pengalaman beraksi
di Sepanyol, saya banyak mempelajari dalam usaha meningkatkan tahap persem
bahan sendiri.
“Kini, saya berpeluang untuk
membuktikan kemampuan saya bersama skuad kebangsaan tetapi saya sedar, ramai
menjangkakan Chile ‘bungkus awal’ sebaik diundi bersama Sepanyol dan Belanda.
“Jika begitu, Chile semakin
bersemangat untuk mem buktikan sesuatu kepada rakyat kami sendiri yang mana La
Roja juga setanding dengan negara-negara gergasi Eropah yang lain,” katanya.
rujukan
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo online
19.5.14
No comments:
Post a Comment