Shawky (tengah) melonjak
meraikan kejayaan merobek gawang Perak dalam perlawanan Liga Super di Stadium
Sultan Muhammed IV, malam tadi. - Foto BERNAMA
Kota Bharu: Pengendali
Kelantan, George Boateng meneruskan sentuhan magisnya apabila berjaya memacu
Kelantan mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas mengambil alih The
Red Warriors (TRW) dengan menewaskan Perak 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV,
malam tadi.
Kemenangan itu sekali gus
menebus kekalahan 1-2 di tangan anak buah Abu Bakar Fadzim di laman lawan dalam
pusingan pertama Liga Super.
Beraksi tanpa penyerang import
barunya, Prince Tagoe, ia jelas tidak menjejaskan rentak apabila tuan rumah
sudah merobek gawang lawan seawal minit kelima apabila Mohamed Shawky menanduk
masuk hantaran lintang Brendan Gan.
Tebus kesilapan
Kedudukan 1-0 kekal hingga
tamat separuh masa tetapi menyedari kedudukan itu belum menjamin kemenangan,
barisan TRW terus mengasak The Bos Gaurus.
Usaha mereka akhirnya berhasil
apabila Khairul Izuan yang dua kali menghampakan peluang untuk menjaringkan gol
pada minit ke-70 dan 75 akhirnya menebus kesilapannya pada minit ke-77 dengan
membolosi gawang yang dikawal Mohamad Nor Haziq Mohd Aris.
Namun, jaringan itu tidak
mematahkan semangat The Bos Gaurus yang bangkit merapatkan jurang dua minit
kemudian apabila hantaran lintang Mohamad Ridzuan Azly Hussham berjaya disambut
baik oleh Mohd Norhakim Isa untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.
Rujukan Berita Harian online
19.5.14
No comments:
Post a Comment