Ad

Saturday, 15 March 2014

Kecuaian hilangkan Mykad boleh didenda RM500

BAGAN DATOH 15 Mac - Individu yang didapati menghilangkan MyKad mereka dengan cuai boleh dikenakan denda sehingga RM500.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, namun kehilangan MyKad akibat bencana alam tidak akan dikenakan denda.

"Kehilangan disebabkan kecuaian, jika hilang pertama kali akan dikenakan bayaran RM100, bagi kehilangan kedua akan dikenakan kadar bayaran yang lebih tinggi sehingga RM500," katanya kepada pemberita selepas majlis gotong royong membaik pulih rumah seorang warga emas di Kampung Parit 21 di sini hari ini.

Pada masa ini, denda yang dikenakan ialah RM100 bagi kehilangan kali pertama, RM200 bagi kali kedua dan RM300 untuk kehilangan seterusnya.

Katanya, sehingga kini kira-kira setengah juta MyKad dilaporkan hilang. - BERNAMA
Sumber;

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140315/dn_41/Kecuaian-hilangkan-Mykad-boleh-didenda-RM500#ixzz2w2yQVm6h © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment