NEW DELHI, 15 Mac - Bangladesh
menjadi negara terbaharu menyertai misi mencari dan menyelamat MH370,
penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang hilang sejak awal pagi Sabtu lepas.
Pesawat peninjau Bangladesh
akan berlepas menjelang pagi nanti manakala kapal pula pada esok hari,"
kata sumber kepada Bernama.
Sumber itu yang tidak mahu
identitinya didedahkan turut memberitahu Bangladesh akan mengerahkan semua aset
yang boleh ke Malaysia bagi membantu operasi tersebut.
Antara aset terawal Bangladesh
yang akan menyertai misi mencari dan menyelamat itu ialah dua pesawat peninjau
dan dua kapal perang peronda atau frigat.
Kami akan memulakan misi di
Teluk Benggala dan akan menyelaraskan pencarian di Lautan Hindi dengan tentera
laut anda (Malaysia)," katanya.
Difahamkan bantuan daripada
Bangladesh itu merupakan inisiatif pejabat Wakil Khas Malaysia ke India dan
Asia Selatan.
Operasi mencari dan menyelamat
MH370 pada hari ketujuh membabitkan 57 kapal dan 48 pesawat dari 13 negara.
Bangladesh akan menjadi negara ke-14.
- BERNAMA
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140315/lu_09/Bangladesh-sertai-misi-mencari-MH370#ixzz2vzCyMR5s
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment