PUTRAJAYA 15 Mac - Pengumuman
terkini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkembangan
pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ternyata memberi kelegaan kepada keluarga
penumpang.
Bapa kepada Khairul Amri
Selamat, Selamat Omar, 60, berkata, dia begitu bersyukur dengan berita
perkembangan pesawat tersebut dan secara tidak langsung memberi harapan baharu
kepada mereka.
"Sebelum ini selama lapan
hari kami tidak mendapat khabar pengumuman yang memberi kepastikan kepada
keluarga penumpang.
"Saya amat berterima kasih
dan berharap pihak kerajaan akan meneruskan pencarian agar operasi ini akan
lebih berjaya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika
ditemui pemberita selepas menonton pengumuman Perdana Menteri berhubung
perkembangan terkini pesawat MH370 di Hotel Everly di sini hari ini. - UTUSAN
ONLINE
Sumber-ArtikelPenuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140315/dn_38/MH370Pengumuman-PM-beri-kelegaan-kepada-keluarga#ixzz2w286DnNH
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment